Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, December 20, 2011

Tempahan Kek dari Kak Ziah

-Thanks to kak Ziah atas tempahan kek besday si litle princessnye -


Wednesday, December 7, 2011

Vanilla Kek

Tempahan dari Kak Nap untuk Majlis hari jadi anaknye..Thanks to Kak Nap


Monday, November 28, 2011

Salam Aidiladha 1423h

Kek ni dibuat sempena menyambut Aidiladha 1423h


Kek Choclate Moist Untuk mak seri alam..
_________________________________

 

Kek untuk dibawa ke rumah mertua...alahai toping choclate tu x berape nak elok la..

Friday, October 28, 2011

Vanila bluebery kek





 kEK TRIAL.....haha..resepi xingat la amik dr mane...

Monday, October 24, 2011

Trifle









:: Swiss roll trifle fruit ::

Assalamualaikum rakan-rakan blog, this is my first time buat trifle ni..teringin nak makan trifle sebab teringat time lunch kat kafe opis..makcik cafe tu buat trifle memang sedap la tapi dia buat 2 layer je...kek kat bawah tu hilang heheh...so ni nak panggil ape ade 2 layer je ni...("dupfle") la kot...hihi so ptg tu after work singgah kedai kek and beli swill roll kek pandan...bahan2 lain rasenye dah ader stock kat umah...heheh taksabo nak buat huhu....after all in good order nak bersihkan diri semua turun dapur n memulakan sesi membuat trifle..so inilah hasilnye seperti gambar diatas..resepi ni amik kat internet dari web site Nurinnn..time kasih yer cik Nurin kite...so resepi  trifle buatan saye  ni akan disimpanla di blog "ohdapurku berasap" supaya xhilang and espeacilly bile dah terlupe cara nak buat can review back..betul tak..

Bahan-Bahan layer 1
---------------------
- kek swiss roll

Bahan layer 2
--------------
-3-4 sudu tepung kastad
1/4 cawan air
2-3 gula pasir
-1 tin susu cair

Bahan layer 3
--------------
-1paket cristal jelly(sy gune perisa raspberri)
-400 ml air

Cara-cara..
1.letakkan kek yg tlh dipotong ke lapisan bwah sekali...
2. camourkan bahan2 layaer 2 kedalam periuk dan masakkan dengan api perlahan kacau sehingga kauh menjadi pekat..Tuangkan keatas layer 1 tadi...pastikan ia menutupi layer 1 sepenuhnye..pastikan tiada ruang yg boleh dilangkah masuk ke layer 1 apa layer 3 dituangkan diatas layer 2 (faham tak??)
.3.Masak kan bahan layer 3 ..dan tuang atas layer 2
~Selamat Mencube~






Wednesday, October 19, 2011

Choclate Moist cake

Assalamualaikum...rakan rakan ....
Percubaan membuat kek choclate moist kali ni...kek hampir hampir hangit..mak oii satu rumah berbau....mula bau yg menyelerakan...tetiba bertukar bau hangitt..hihi...seb baik la berbau...klu x mesti rentung ( so you all klu bakar tu kene jaga tempreture tu betul 2 yer ikut oven masing..kekadang resepi kata " bakar selama 1 jam dengan suhu 90'c" rupe nye kek tu jadi rentung tak sesuai dengan oven kat umah so kene get in touch ler ngn oven memasing yer...tapi cover baik punye dengan topping cokelat..so ni la hasilnye masih ader rase sebab kek nye hangit kat dasar atas saje..so sye buang la bahgian yg hangit tu...
time topping masih cair ..nampak kilat

yg ni after a few mins keep in fridge



Bahan-Bahan kek
--------------
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
4 biji telur
2 cawan serbuk coco
250g buttercup
2 sudu kesil essen vanilla
2 sudu baking powder
1 cawan air panas

Bahan-Bahan topping
-----------------------
100g cokelat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar air panas

Cara-Cara
-------------
1-Masukkan serbuk koko,gula halus dan air panas, kemudian panaskan secara double boil dan kacau sehingga menjadi kilat (pes coklat)
2-Pukul butter bersama gula castor sehinngga kembang, kemudian masukkan telur dan essen vanilla bersama baking powder, kemudian gaul rata.
3- Masukkan bahan pes coklat dan gaul rata
4- Masukkan dlm loyang yang telah digris dengan minyak/planta
5-Bakar selama 1 jam pada suhu 180'c (atau mengikut kesusaian oven memasing)
6.Sejukkan setelah kek masak
7.Satukan coklat masakan bersama air dan susu pekat manis kemudian panaskan secara double boil..kacau sehingga likat...Kemudian tuang diatas kek yg telah disejukkan tadi dan hias mengikut kreativi..




Monday, October 17, 2011

Muffin Pandan

Hi..ASsalamualaikum....kali ni saye telah mencube resepi muffin pandan sebagai menu bekfast saya...alhamdullilah hasil yang memuaskan dan rasa yang sedap...


Bahan-Bahan
---------------
-270 gram tepung gandum
4 biji telur gred A
1cwan minyak jagung
-3susdu  baking powder
-1 kotak santan segera
-1/2 sudu kecil garam
-1 sudu kecil paste pandan
-1/2 sudu kecil pewarna  hijau (saye gunakan daun pandan)
-coklat chip (sebagai hiasan)
-badam ( sebagai hiasan)

cara-cara
-----------
1. Campurkan ke semua bahan bahan berair seperti minyak , telur , santan , pste pandan,pewarna ijau...kacau rata menggunakan sudu..seelokknye kacau jgn terlalu kuat sekadar bahan bahan bercampur ddenagn sebati...
2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder..kacau lagi menggunakan sudu sehingga aduanan menjadi kental
3.Masukkan adunan kedalam cup sehingga penuh cup,,,supaya naik dengan cantik dan membuak...
4.Tabur cokelat chip dan badam sebagai hiasan
5.Bakar sehingga masak
----------------




Kerabu Mangga

Assalamualaikuum...kawan kawan ..

Oleh kerana kegemaran saya memakan kerabu mangga disebuah Restoran seafood...kali ni sya telah mencube sendiri resepi yang telah diambil di internet dan kemudian diuabah suai sedikit maka terhasillah kerabu mangga seperti gamba dibawah..hehehe

Bahan-Bahan
---------------
-3 bini mangga muda bersize besar dihiris halus dan memanjang
- 1 btg lobak merah dihiris halus dan memanjang
-2 biji bawang merah dihiris halus dan memanjang
-1 biji bawang putih (ditumbuk)
-2 biji tomato
-udang geragau 1 genggam (atau mengikut citarasa sendiri) yang telah disangai.
-air perahan limau
-kacang tanah (digoreng)
-madu secukup rasa
-gula pasir secukup rasa
-garam secukup rasa
-1 sudu besar sos tiram/sos ikan
-lada chili merah ditumbuk(mengikut tahap pedas masing2)

cara-cara
----------
1.Tumbuk lada bersama bawang putih, kemudian masukkan udang geragau yang telah disangai.masukkan garam, gula, sos tiram air perahan limau.dan madu.kacau  rata
2.Masukkan bahan bahan yang telah dihiris bersama kacang tanah dan tomato ..kemudian kacau rata.
3.Siap utk dihidang

Saturday, October 15, 2011

Apam polkadot

Salam kawan-kawan
Minum petang bersama apam polkadot..first time buat..mcm ni la rupe nye..hehehe resepi diambil dr internet



Bahan-Bahan
-------------
-3 biji telur
-250 gram tepung gandum
-180 gula gula dikisar halus
-150 ml susu uht  (1 kotak)
-3 sudu kecil serbuk penaik
-1 sudu kecil ovellete
-filing secukupnye (sye memilih lempuk durian & jem coklat Nutella)
-pewarna ikut suka

cara-cara
------------
1. Masukkan kesemua bahan diatas dan pukul menggunakan mixer dengan kelajuan maksima selama 6-8 min.
2. Bahagi kan adunan untuk base dan dot dot nye mengikut kreativiti menghias..
3. Masukkan adunan sedikit base kedalam cup menggunakan piping plastik dan kemudian masukkan filling dan kemudian masukkan lagi base sehingga hampir 1/4 cup..kemudia dot dot kan mengikut kreativiti sendiri
4. Panaskan  pengukus sehingga air menggelegak dan kukus selama 8-10 minit...Jgn terlalu lama takut apa, merekah...

Wednesday, June 22, 2011

~:Karipap pusing:~

Salam....kesedapan karipap putar masih lagi terasa ...time tu kenduri arwah pakcik..klu xsilap tok sedara kot yang bagi sumbangan karipap pusing..Subhanallah sodap betul rasenye...tp tak sempat lak nak mintak resepi kat dia...lantas saye pun bukak internet dan explore la semua resepi pelbagai cara buat karipap pusing dari adunan tepung nye hingga ke intinye sekali..so terjumpe la satu resepi klu xsilap resipi ni dari hanilieza kot..saye pun dah terlupe ape name blog empunye resepi tu..so sesi cubaan pun bermula di bantu oleh maksu yang kebetulan tu dtg menziarah atok kat umah saye..Klau maksu ade terbaca blog ni .."Tima kasih ye moksu "sebab sma sama menjayakan sesi cubaan membuat karipap pusing buat pertama kalinya..hehehe.
Ni kat bawah ni lah hasilnye,,,terlalu garing la dan rapuh...saya pun xtau mana silapnye...ahakkksss..sampai nak makan pun kene alas piring..klu x bersepah la jwbnye..

rupe sebelum di goreng

Rupe sebelum digoreng

Nampak mcm sedap jer..

lagi sedap makan bersama dengan air teh panas..huhu